Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

LIFE SAVING PROFESSIONAL ACADEMY

Basic Occupational First Aid, CPR and AED Training Course

  • 23 & 24 May 2017
  • Pasir Gudang, Johor Malaysia

Pada tarikh yang tertera, kami dari syarikat Life Saving Professional Academy telah pergi ke Pasir Gudang, Johor untuk berkongsi ilmu di sana. Kursus yang diambil adalah Basic Occupational  First Aid, CPR and AED Training Course. Kursus ini berjalan selama dua hari dan dipenuhi dengan teori serta praktikal.

Topik – topic yang dibincangkan adalah seperti tercekik( chocking) , tekanan dada(CPR), cuci dan balutan(dressing anda bandanging) dan lain – lain lagi. Bagi kelas ini, kami memilih untuk membincangkan  serba sedikit perjalanan topik tekanan dada, iaitu “Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)” semasa kursus ini dijalankan di sana.

Bagi topik tekanan dada, ianya terbahagi kepada dua iaitu teori dan praktikal. Teori dibincangkan pada sebelah pagi dan praktikal dibincangkan pada sebelah petang. Semasa praktikal untuk tekanan dada, kami akan bermula dengan perbincangan langkah – langkah yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan diikuti demo bagi setiap langkah untuk memastikan setiap peserta memahami apa yang perlu dilakukan. Kemudian, ianya akan dilanjutkan dengan pembahagian kumpulan. Kebiasaannya, pembahagian ini mengikut jumlah peserta kerana patung yang dibawa adalah sebanyak enam patung.

Pelbagai keletah dan kerenah dapat dilihat ketika ini. Selepas selesai praktikal untuk tekanan dada, sesi diteruskan dengan posisi pemulihan. Posisi pemulihan adalah untuk melancarkan pernafasan mangsa supaya tidak tersekat daripada lidah , muntah atau darah. Selama dua hari, kursus ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.


Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.