Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kami di Life Saving Professional Academy menyediakan pelbagai kursus Keselamatan Pekerjaan. Antara kursus yang popular adalah Kursus Latihan Asas Pertolongan Cemas, CPR dan AED. Kursus first aid ini menyediakan latihan selama dua hari.

Pelbagai topik yang anda akan pelajari sepanjang dua hari kursus berlangsung antaranya:

  • Cara Penggunaan mesin Defibrilasi (AED)
    • Dalam Sesi ini, anda akan diajar tentang bagaiamana hendak mengendalikan mesin AED ini sekaligus menjawab persoalan yang timbul dikalangan peserta

  • Sesi Praktikal Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)
    • Sesi CPR pula, Jurulatih kami akan menunjukkan demonstrasi bagaimana hendak melakukan CPR mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh American Heart Association. Kemudian, anda semua akan diberi peluang untuk melakukan CPR secara praktikal.

  • Sesi Praktikal Heimlich Maneuver (Mangsa Tercekik) – Dewasa, Ibu mengandung, Kanak-kanak dan Bayi
    • Bagi sesi ini pula, anda akan mempelajari bagaimana henda mengenalpasti tanda dan symptom orang yang dalam keadaan tercekik dan anda juga kan diajar bagaimana hendak menyelamatkan orang yang tercekik menggunakan teknik Heimlich Maneuver.

  • Sesi Praktikal Balutan Luka
    • Mengetahui cara yang betul dalam pembalutan luka dan cara pengurusan asas bagi luka-luka yang tertentu seperti Luka objek tertusuk dan lain-lain.

  • Sesi Praktikal Immobilisasi Kepatahan Tulang & Kecedaraan Tulang Belakang
    • Selain Luka dan Pendarahan, anda juga akan didedahkan dengan cara bagaimana hendak menguruskan mangsa dengan kepatahan tulang dan kecederaan tulang belakang (Spinal Injury)
  • Ujian Secara Teori & Praktikal
    • Sebanyak dua ujian akan dijalankan (Teori dan Praktikal) didalam kursus latihan ini. Untuk mendapatkan Sijil Kelayakan, anda haruslah lulus dalam kedua-dua ujian yang telah ditetapkan.

Dengan latihan yang anda telah jalani selama dua hari, anda akan menerima Sijil Kelayakan dan Kad First Aider sekiranya anda lulus ujian yang telah diberikan. Selain daripada itu, anda juga akan memperolehi ilmu dalam menyelamatkan nyawa dan memberikan pertolongan cemas kepada orang awam. Memandangkan pada masa ini, ilmu seperti ini sangatlah penting untuk kita mempelajarinya demi keselamatan diri kita, keluarga dan orang yang tersayang.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.