Life Saving Professional Academy telah mengadakan dua hari kursus pertolongan cemas, CPR dan AED (Kursus First Aid, CPR, dan AED Training) di Perak pada awal tahun ini.
Dalam Kursus Latihan Pertolongan Cemas dan CPR dua hari ini, banyak ilmu yang telah dicurahkan kepada semua peserta yang terlibat. Akan tetapi, artikel pada kali ini akan bercerita tentang sesi praktikal pembalutan yang dijadualkan pada hari yang kedua.
Dalam sesi praktikal ini, setiap peserta harus mencari pasangan masing-masing dan setiap kumpulan satu daripadanya harus menjadi ahli pertologan cemas manakala lagi seorang harus menjadi mangsa. Mereka diberi masa untuk membalut luka pada mangsa masing-masing. Kemudian, Para peserta didedahkan oleh jurulatih kami bagaimana cara yang betul dan berkesan untuk membalut luka menggunakan pembalut dan peralatan membalut dengan betul mengikut kesesuaian luka.
Rasionalnya disini, setiap peserta dapat mengetahui bahawa setiap perawatan luka yang dilakukan mempunyai matlamat yang penting dan mereka didedahkan dengan cara pembalutan luka yang betul.
Peserta sedang membalut luka di tangan pasangannya.
Mangsa kelihatan teruja apabila peserta membalut luka dikepalanya
Peserta kursus pertolongan cemas ini bersungguh membalut luka dileher mangsanya.
Jurulatih kami sedang memberi tunjuk ajar bagaimana hendak membalut luka dilengan dengan betul.
Adakah anda juga mahu menjadi ahli pertologan cemas yang bertauliah? Ingin belajar lebih lanjut tentang luka dan balutan? Hubungi dan tanya kami sekarang!
Mari menyelamatkan nyawa!