Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

(23 & 24 Mei 2017)

0900 – 1700

SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN

Pada 23 dan 24 Mei 2017, kami (Life Saving Professional Academy) telah mengadakan dua hari kursus pertolongan cemas, CPR dan AED (First-Aid,CPR, dan AED Training) di Perak.

Dalam masa dua hari kursus latihan, banyak ilmu yang telah dicurahkan kepada semua peserta yang terlibat. Akan tetapi, artikel pada kali ini akan bercerita tentang sesi praktikal Dressing & Bandagingyang dijadualkan pada hari yang kedua.

Dalam sesi praktikal ini, setiap peserta harus mencari pasangan masing-masing dan setiap kumpulan satu daripadanya harus menjadi First-Aider manakala lagi seorang harus menjadi mangsa. Mereka diberi masa untuk membalut luka pada mangsa masing-masing. Kemudian, Para peserta didedahkan oleh jurulatih kami bagaimana cara yang betul dan berkesan untuk membalut luka menggunakan pembalut dan peralatan membalut dengan betul mengikut kesesuaian luka.

Rasionalnya disini, setiap peserta dapat mengetahui bahawa setiap perawatan luka yang dilakukan mempunyai matlamat yang penting dan mereka didedahkan dengan cara pembalutan luka yang betul.

Peserta dari Brazil sedang membalut luka di tangan pasangannya.

Mangsa kelihatan teruja apabila peserta membalut luka dikepalanya

Peserta dari Brazil ini bersungguh membalut luka dileher mangsanya.

Jurulatih kami sedang memberi tunjuk ajar bagaimana hendak membalut luka dilengan dengan betul.

Adakah anda juga mahu menjadi First- Aider? Ingin belajar lebih lanjut tentang luka dan balutan? Hubungi di 03-8052 5445 dan tanya kami sekarang!

Mari menyelamatkan nyawa!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.